Saturday, March 29, 2014

KURSUS ASAS BEKAM - 29 MAC 2014

KURSUS ASAS BEKAM  KURSUS ASAS BEKAM 29.3.2014 Kursus Bekam kali ini dihadiri oleh Dr.Zefri dan isterinya Cikgu Rohaila. Mereka sud... thumbnail 1 summary

KURSUS ASAS BEKAM 

KURSUS ASAS BEKAM 29.3.2014


Kursus Bekam kali ini dihadiri oleh Dr.Zefri dan isterinya Cikgu Rohaila. Mereka sudah pun punyai klinik di Kuala Terengganu dan mempelajari Bekam adalah sebagai melengkapi perawatan yang ada. Dr Zefri berkata permintaan untuk bekam khususnya wanita di Kuala Terengganu agak tinggi.Dan beliau mendorong isterinya untuk belajar dan balik nanti boleh diajarkan kepada staff nurse mereka di klinik. Mereka mempunyai 5 orang pekerja di klinik mereka. Nampaknya mereka memang bersungguh nak belajar bekam. Sanggup menelefon beberapa kali dan sering menanyakan no akaun untuk bank-in duit. 

Sebenarnya kami tidak pun buat perancangan besar-besaran untuk buat kursus ini, cuma kami terima seadanya bagi mereka yang nak belajar. Memandangkan mereka ini sudah berlatarbelakangkan  Medical jadi kami hanya tunjukkan cara dan rahsia kemujaraban bekam kepada mereka. Bab anatomi fisiologi dan patologi ni dah memang menjadi biasa pada mereka.

Kata Dr "Teknik bekam disini adalah 6 kali kurang sakit dari yang dibuatnya ditempat lain. Jadi kalau pesakit tertidur itu menjadi perkara biasa. Memang kalau bekam ni terlampau sakit orang akan sering untuk datang. Jadi untuk mengurangkan sakit in i perlu agar orang tidak menjauhi amalan berbekam.

Alhamdulillah kami ditemukan dengan seorang yang juga pengkaji herba tempatan Malaysia yang kini telah pun menghasilkan pelbagai produk di pasaran. Termasuklah losyen antiseptik luka lepas bekam yang berasaskan madu, Naem, dan pelbagai ekstra herba yang lain. Kami telah pun membeli dari Dr dan sekarang telah dalam ujian di Premis kami.

Orang Terengganau kalau nak Bekam bolehlah hubungi beliau di talian 013-980 1488 Cikgu Rohaila. Klinik mereka ada menyediakan rawatan Refleksologi, Homeopathy, Rawatan Kanser kronik, Rawatan pesakit kencing manis kronik. kaedah Diagnos adalah menggunakan Saliva test dan pH badan pesakit. 



 Seminggu kemudian.....



D'Health Centre K.Terengganu   013-9801488

Seminggu kemudian kami menziarahi klinik Dr Zafri dan isterinya di Kg Merbau Patah, Kuala Terengganu. Klinik mereka memang luas dan sangat selesa dibantu oleh jururawat berpengalaman dan mahir. Klinik Dr Zefri lebih dikenali dengan klinik merawat pesakit kanser, diabetes dan penyakit-penyakit yang kronik dan kritikal yang kebanyakannya direject hospital. 

Kini klinik mereka sudah pun menambah satu lagi khidmat terapi iaitu Bekam khususnya bagi kaum wanita dibuat oleh isteri Dr Zafri dan Jururawat wanita yang berkelulusan Diploma dalam bidang Nursing. Lokasi klinik mereka tidak jauh dengan Mydin Besar Kuala Terengganu. Orang Terengganu khususnya wanita kalau nak berbekam bolehlah berhubungi beliau..alamat dibawah ini..



D"Health Centre Kuala Terengganu.
Puan Rohaila (Jurubekam Wanita)
013-980 1488 




5 April 2014







Puan Rohaila dengan semangatnya..apabila balik terus praktik bekam...mangsa pertamanya adalah suaminya Dr. Zefri..Inilah bukti kasih sayang isteri pada suaminya dengan asbab mempelajari sunnah Berbekam..

















1 comment

rohaila said...

Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada sifu saya.. Dr. Nizam yang sudi memberi tunjuk ajar serta berkongsi ilmu dengan kami. Insyaallah ilmu yang baik itu akan saya aplikasikan untuk membantu orang ramai yang memerlukan bantuan nanti...terima kasih Dr.Nizam...

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952