Saturday, April 19, 2014

KURSUS ASAS BEKAM - 19 APRIL 2014

Kursus Asas Bekam - 19 April 2014 Alhamdulillah selesai sudah Kursus Bekam pada hari ini 19 April 2014. Kali ini lebih ramai da... thumbnail 1 summary
Kursus Asas Bekam - 19 April 2014


Alhamdulillah selesai sudah Kursus Bekam pada hari ini 19 April 2014. Kali ini lebih ramai dari sebelumnya seramai 10 orang keseluruhannya. terima Kasih juga kepada bekas pelajar kami yang sudi hadir menjadi krew acara demi menjayakan kursus ini dan sekaligus membantu menyebarkan Sunnah lagi diberkati ini. Orang jauh adalah guru daripad Jeli, Kelantan, telah datang awal sehari dan menginap di Chalet Dungun.  merupakan pasangan suami isteri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda.....Seorang Pensyarah ITM Dungun,..... Isteri kepada Dr Zaini, Pakar Homeopathy Dungun. Selebihnya dari mereka terlibat dalam Industri Oil & Gas.



Kesemua mereka menyatakan hasrat belajar bekam adalah untuk khidmat kepada ahli keluarga masing-masing. Isteri khidmat suami dan begitulah sebaliknya. Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir.

Kursus Asas Bekam - 19 April 2014



Sinopsis kursus...

Peserta  didahulukan dengan sesi teori, S.O.P, kontraindikasi relatif dan absolute, anatomi, fisiologi dan acara yang menarik sekali adalah sesi praktikal termasuk diselangi dengan terapeutik rawatan. Sesi soal jawab adalah acara penutup selepas bab sterilization dan disinfectant instrumen. 7 cara mengurangi kesakitan diajar juga agar pesakit tidak serik berbekam. 

Pelbagai E-book diberikan percuma (Bonus Istimewa!!!) termasuk pelbagai carta titik bekam untuk pelbagai penyakit untuk memudahkan peserta rujuk. Carta size A3 (berwarna) juga dijual berasingan dengan harga istimewa....!. Para peserta bebas memilih alat bekam untuk dibeli dari set bekam yang murah sehinggalah yang mahal...

Sememangnya tidaklah mencukupi belajar dalam 1 hari...tetapi sekurang-kurangnya sudah bermula mengorak langkah pertama untuk belajar seterusnya lagi dan lagi...Yang penting balik terus amalkan...jangan tangguh....Lagi banyak praktis lagi mahir...

Kami menyediakan tempat untuk Alumni melakukan praktikal berulang ditempat kami...nantikan makluman dari kami dalam sesi kelas malam nanti...Di sesi praktikal nanti anda akan berlatih lagi dengan membawa model masing-masing dan di pantau....Insya Allah doakan.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada En. Khairi, Pn Faziella, Cg Robaie, Puan Fauziah, Pn Asmida, En. Afiq, En Sulaiman, Dr Hanapi dan Adik Yazid. 
Terima kasih kepada En Manan selaku krew kami...

You all memang Awesome..!







No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952