Friday, March 30, 2018

4 UNSUR KEJADIAN MANUSIA

Mengenal Unsur Dasar Manusia - Memahami Diri Untuk Memelihara Kesihatan Abadi. Ramai daripada kita menganggap Element Api-Air-T... thumbnail 1 summary

Mengenal Unsur Dasar Manusia - Memahami Diri Untuk Memelihara Kesihatan Abadi.



Ramai daripada kita menganggap Element Api-Air-Tanah-Angin berasal dari Cina atau India kuno. Walhal ia tercatit dalam Tib An Nabawi. Hanya guru yang memahami  Surah As Sajadah : 7, Ayat Al-Furwan : 54, Ayat Al-Hijr : 26 dapat menyimpulkannya tentang unsur kejadian manusia.



Empat Unsur ini adalah bahan pelengkap manusia. Jika kurang salah satu daripadanya maka tiadalah sempurna kejadian manusia.



Yang dinamakan tanah itu pada manusia adalah kulit, daging, tulang, kuku, bulu roma.
Air adalah darah, peluh, liur, air hidung, airmata.


Api adalah rasa hangat, sakit, lapar, mengantuk
Angin adalah bertutur, bernyawa, bergerak, diam dan jaga.



Sifat-sifat unsur dasar ini pula terlihat juga dalam diri -  Amarah dari unsur api, kemahuan dari unsur angin, sabar itu unsur tanah dan cita-cita adalah unsur air.  Sifat ini lah yang panas, sejuk, kering, basah, lembab dsb.



Terlalu banyak rahsia yang perlu kita gali untuk mengenal diri dan unsur yang wujud ini. 

1. Telinga adalah unsur api, kerana itu orang mudah tersinggung dengan cemuhan, celaan, sindiran. 

2. Mata unsurnya air. Air sifatnya adil. Dari sinar mata kita dapat merasakan baik atau tidak seseorang itu. 

3. Hidung unsurnya angin. Ia adalah alat penunjuk bau wangi atau busuk dll. Udara menyebarkan bauan dan ditangkap oleh deria dari hidung.

4. Mulut sifatnya tanah. Tanah menerima apa yang datang kepadanya.



Keseimbangan alam ini adalah satu keterikatan yang menyatu - dari semua unsur yang ada di dalamnya, lalu membentuk satu ekosistem yang saling berpengaruh.



As Suyuti dlm kitab Thib An Nabawi menyatakan bahawa manusia memiliki 7 Elemen iaitu :

1. Elemen Utama
2. Elemen Darah
3. Element Organ
4. Element Watak
5. Element Jiwa
6. Element Mawam
7. Elemen Ruh




KreditAvip Vivarullah

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952