Saturday, April 4, 2015

KURSUS ASAS BEKAM MEDIK 4 APRIL 2015

KURSUS ASAS BEKAM MEDIK 4 APRIL 2015 Kursus Asas Bekam Medik 4 April 2015   Alhamdulillah, dapat sekali lagi meneruskan kelas bekam... thumbnail 1 summary
KURSUS ASAS BEKAM MEDIK 4 APRIL 2015



Kursus Asas Bekam Medik 4 April 2015
 Alhamdulillah, dapat sekali lagi meneruskan kelas bekam medik. Kali ini kami buat atas permintaan khas juga. Sepatutnya tiada kelas tapi menunaikan hajat saudara kita dari negeri Pulau Pinang.

Kami sangat teruja kerana tetamu kami ini adalah juga dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (USM AMDI - Advanced Medical & Dental Institute). Terdiri daripada Dr Wan Adnan Wan Omar. beliau adalah seorang pensyarah Perubatan dan pada masa yang sama membuat kajian tentang Madu dan herba dalam merawat penyakit-penyakit kronk seperti kanser.











Kursus Asas Bekam Medik 4 April 2015
 Pelajar ke dua Dr Hasni Arsad juga dari USM-AMDI Pulau Pinang. Beliau merupakan Pensyarah Perubatan dan juga penyelidik. Bidang penyelidikan adalah berasaskan herba di Malaysia. untuk membantu merawat pelbagai penyakit kronik. Minatnya bukan hanya sekadar bekam bahkan urutan juga beliau sudah pelajari. Antara teknik urutan yang sudah dipelajari adalah Urutan 5 Beradik. (teknik yang sangat terkenal di kalangan pengamal urutan).










Kursus Asas Bekam Medik 4 April 2015
 Pelajar ke tiga adalah Dr Eshaiful Azam Omar. Beliau juga seorang Pensyarah Perubatan dan sering mengajar Anatomi dan Fisiology di kolej Komuniti Kepala Batas Pulau Pinang. Bidang Penyelidikannya juga dalam bidang herba. Minatnya juga pada bidang perubatan alternatif dan telahpun mempelajari teknik urutan tradisional melayu. Mempelajari bekam menjadikan bidang kajiannya lebih Integratif dan juga bakal mencetuskan satu evolusi dalam bidang perubatan.

Saya ucapkan terima kasih atas perkongsian mereka ini dan banyak juga pihak kami pelajari daripada mereka.

Semoga usaha mereka untuk memartabatkan Bekam ini dapat diketengahkan dan menjadi penyumbang besar pada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.

Tahniah diucapkan.


No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952