Friday, March 20, 2015

PROGRAM BEKAM AMAL 20 MAC 2015

PROGRAM BEKAM AMAL 20 MAC 2015  Alhamdulillah kami dijemput oleh pihak Masjid Hadhari untuk melakukan program Bekam Perdana sempena... thumbnail 1 summary
PROGRAM BEKAM AMAL 20 MAC 2015


 Alhamdulillah kami dijemput oleh pihak Masjid Hadhari untuk melakukan program Bekam Perdana sempena program kuliah ugama oeh Ustaz Ebit Liew. Kuliah Ustaz bermula maghrib dan pihak kami menghangatkan majlis dengan program bekam perdana bermula jam 3 hingga 6 petang.

Caj adalah percuma untuk 3 cup pertama. Ramai yang berminat dan sanggup beratur menunggu giliran. Majoritinya orang yang pertama kali di bekam. Golongan ini sangat teruja mengalami pertama kali dibekam. 'Seumur hidup baru nilah dibekam 'kata salah seorang penduduk.







 Kami tidak cukup kakitangan sebenarnya. Hanya 3 orang sahaja yang berkhidmat untuk menampung permintaan seramai hampir 30 orang dari mula jam 3 petang hingga jam 6 petang. Yang bosan menunggu lama pulang tanpa sempat dibekam pun ada. Yang serius menunggu dengan harapan. Sebenarnya kami pun tidaklah menyangka permintaan yang begitu sungguh sekali hangat. Makan pun tak sempat. Hanya berhenti untuk solat Asar sahaja.




 Bagi yang benar berhajat tapi tak sempat, jemputlah datang ke premis kami. Disana lebih selesa. Ada aircond, katil, ruang menunggu yang selesa. Sana lebih aman dan dibuat dengan penuh S.O.P.








 Dengan adanya program seperti ini menjadikan mereka lebih berpeluang utnuk mendaptkan terapi sunnah ini. Lepas solat sahaja terus ke ruang tertutup untuk berbekam. Sebahagian masalah logistik dapat dipermudahkan
















 Terima Kasih pada semua yang terlibat, terutamanya pihak AJK masjid yang menjemput kami. Kami juga mendapat permintaan untuk masjid lain.InsyaAllah nanti cukup dana yang dikumpulkan akan kami kesemua tempat memenuhi undangan anda semua. Inilah cara yang kami mampu balas atas setiap sumbangan anda dan secara tidak langsung memperluaskan lagi Thibbun Nabawi pada masyarakat.
































No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952