Saturday, January 31, 2015

KURSUS ASAS BEKAM 31 JANUARY 2015

KURSUS ASAS BEKAM 31 JANUARY 2015           Alhamdulillah tamat sudah kursus bekam versi 31 january 2015. Ramai peserta dari Kuanta... thumbnail 1 summary
KURSUS ASAS BEKAM 31 JANUARY 2015



          Alhamdulillah tamat sudah kursus bekam versi 31 january 2015. Ramai peserta dari Kuantan Pahang. Usia seawal 20 tahun sehinggalah ke 45 tahun. Versi kali ini ada penambah baikan sedikit dari sebelumnya . Memandangkan Bekam sudah merakyat di serata negara dan telah pun mengalami revolusi perkembangan selaras dengan penerimaan masyarakat.


Jumlah peserta adalah seramai 10 orang dan dalam kursus ini kami menitikberatkan hands on training. Lebih kepada praktikal. Kemudian selepas itu saling berhubung antara satu sama lain berbincang mengenai point dan kaedah.Kami sebolehnya ti
dak mahu mengambil ramai peserta. ini adalah kerana membolehkan penumpuan kami dan pencerapan sepenuhnya oleh peserta.



  Apa kata mereka. En Nordin dari Kuantan belajar bekam ini adalah untuk khidmat pada isterinya yang sakit ketumbuhan dan beliau juga akan ajar bekam ini terhadap isterinya. Syabas niat mulia Tuan itu. Tengku Ain dari Dungun lulusan Sains Senaman dan Sukan belajar Bekam untuk menampung kekurangan Jurubekam Wanita. Puan Normalina belajar Bekam agar seiring dengan imu Ruqyah yang dituntut di DarusSyifa. Beliau seorang pensyarah bahasa Arab di Negeri Sembilan.


En Ramdhan dan En Syed juga dari Kuantan, dua sahabat setia belajar untuk buat part time bisnes.
En Azlan seorang Guru Sukan belajar untuk melengkapi kemahiran untuk bantu orang sakit. kak Yah peserta veteran kita, belajar Bekam untuk khidmat pada suami tercinta yang sakit.



Nampaknya peserta bergelak ketawa ketika sesi praktikal terutamanya kaum muslimat. Pasti ada tang melucukan. Praktikal dibuat secara santai dan tidak stress.

Masya Allah, semoga Allah terima niat suci murni tuan puan yang mulia. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Tahniah diucapkan

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952