Tuesday, June 3, 2014

Kursus Asas Bekam 31 May 2014

Kursus Asas Bekam 31 May 2014. Kursus Bekam 31 May 2014 Alhamdulillah , selesai sudah kursus Asas Bekam bertarikh 31 May 2014. Pese... thumbnail 1 summary
Kursus Asas Bekam 31 May 2014.


Kursus Bekam 31 May 2014
Alhamdulillah , selesai sudah kursus Asas Bekam bertarikh 31 May 2014. Peserta paling jauh adalah dari Mersing. Dari Kelantan seorang dan selebihnya dari Kuantan, Kuala Terengganu dan Paka. Edisi kali ini lebih padat pengisiannya daripada sebelumnya.



Pasangan Mersing ini sudah datang seawal 2 hari untuk pendaftaran dan menetap di rumah saudaranya di Paka. Sempatlah kami berbual dan berbincang dengan mereka dan dapatlah mereka beberapa berita mengenai Bekam dan Thibbun Nabawi. Sungguh terharu bila beliau menyatakan hasrat belajar bekam ni kerana ketiadaan Jurubekam ditempatnya itu. Beliau merasakan pentingnya beliau dan isteri belajar dan mengamalkan sendiri dan dapat berkhidmat kepada saudaranya yang lain.

Adik Haziq dari Tumpat Kelantan, pelajar Asasi Perubatan dan peserta paling muda... menurutnya adalah lebih baik sekiranya Doktor Islam mempelajari Sunnah Bekam ini agar ianya lebih mudah diterima masyarakat Awam yang fanatik dengan Allopathy.

En Asrol dari Dungun pekerja Industri semangat nak belajar bekam selepas mendengar perkhabaran kakaknya yang turut belajar pada sesi yang lepas. Katanya ramai kawan dah booking nak bekam lepas ni.

En Saifuddin dari Sarawak pelatih Industri petroleum pun demikian juga, manakala En Awan Sifu Kulinari menceburi Bekam adalah minat baru disamping memasak. En Azuary pula jurutera indutrsi ingin berkhidmat pada ayahnya.



Kursus Bekam 31 May 2014
Sinopsis Kursus.

Peserta diterangkan tentang teori dan praktikal. Anatomi Fisiology secara 3D diterangkan juga. SOP terkini, kaedah kurangkan sakit, titik efektif, sterilisasi, pendedahan suasana klinik, pengurusan sisa biologi, Amalan Rukyah juga diberitahu. Sesi menarik adalah praktikal...menghilangkan rasa mengantuk bagi kepenatan jauh bermusafir dan rasa segar bila dibekam. Makan tengahari juga menyelerakan semua. Selepas solat berjemaah Zohor disambung lagi sesi praktikal sehingga pengijazahan sijil disebelah setelah selesai sesi Q &A waktu petang.


Kursus Asas Bekam 31 May 2014


Tahniah pada semua. You all memang awesome... Alhamdulillah.

Untuk daftar kursus klik Info Kursus








No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952