Tuesday, August 14, 2012

ALAT BEKAM KC RM100

  Saya menjual juga alat bekam jenama 'KC Pull Out A Vacuum Apparatus' seperti yang ditunjukkan didalam gambar sebelah ini. ko... thumbnail 1 summary
 Saya menjual juga alat bekam jenama 'KC Pull Out A Vacuum Apparatus' seperti yang ditunjukkan didalam gambar sebelah ini. kotaknya agak kecil sedikit dari jenama kang Zhu yang sangat terkenal di pakai di Indonesia. Namun begitu ianya tidak kurang juga hebatnya daripada Kang Zhu.

Kandungan jenama KC ini adalah :
1. 24 cup pelbagai saiz.
2. 1 buku panduan.
3. 1 Hand Pump saiz besar.
4. 9 Magnetic 2 kutub .
5. 1 Extension Hose
6. 1 replacement kit.


Lebih kualiti dari jenama ABC

Ada no pada atas cup.
Ciri-ciri Cup
Cup nya tidaklah setebal dibandingkan dengan Kang Zhu tetapi yang pastinya lebih tebal dari jenama ABC (yg murah sekali). Di sumbunya tidak mudah retak. Magnetic device yang dibekalkan jatang sekali digunakan dalam bekam basah. tetapi bermanafaat dalam teknik slide cupping, flash cupping dan bekam angin. Permukaan cawannya dirasakan tidak kasar dan tidak menyakitkan dengan syarat anda tidak menarik terlalu kuat. Warna cupnya agak lebih lutsinar jika dibandingkan dengan jenama ABC yang agak kebiruan sedikit. Namun jenam Kangzhu lebih lutsinar jika dibandingkan dengan jenama KC ini.


Valve dan Seal
 Valve dan sealnya mudah dileraikan untuk tujuan pembersihan. Ciri Ini tidak terdapat pada jenama Kangzhu. Jenama KC punya valve dan seal diperbuat dari plastik kecuali hujung tipnya dari getah. Ciri ini yang menyebabkan saya gemar memakainya. Ianya tahan direndam dalam air dengan jangkamasa lama tetapi jangan direndam terlalu lama didalam larutan clorox.
Perhatikan juga terdapat no.2 tertulis diatas cup itu. Ini memudahkan kita memilih cup.


Aksesori
Set bekam ini didatangi dengan Hand pump yang besar. Selesa dipegang jika dibandingkan dengan yang kecil. Hujung tip getahnya adalah jenis yang tidak mudah tercabut. Hose dibekalkan untuk bekam diri sendiri (bekam angin) atau untuk bekam ditempat yang agak sulit dicapai. replacement kit dibekalkan sekiranya hand pump dan cup mengalami kerosakan seperti hilang daya vakuumnya.










Harga & Cara Order 
Bank In Wang ke 
CIMB Islamic 1308-000004-10-2      
Mohd Nizam bin Mohd Ansop

Nyatakan Nama - Alamat - No telefon – Masa & Tarikh Bank In
Kemudian Hubungi kami
 Melalui SMS : 013-927 7952









ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952