![]()  | 
| Minyak Zaitun Extra Virgin RM20 | 
KHASIAT MINYAK ZAITUN 
Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
Amalkan  gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak,  bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua  lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan  perut buncit, lemak2, masalah berat badan... 
 MINYAK  ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT? 
 Sesuatu  yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap  adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun. 
Tumbuhan  zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.  Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah  yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K  dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata  olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek  dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan  dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah  zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz. 
Kebanyakan  minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah  penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.  Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan  bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak  zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan  tetapi juga menambah perisa dalam masakan. 
 Minyak  zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia  merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam  pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia  merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran.  Paras asid yang rendah memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E  dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit  jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.  Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia  mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai  masalah akibat proses penuaan. 
 Menurut  ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan  sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga  digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam  mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah  zaitun boleh mengatas masalah sembelit. 
 Pengambilan  lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.  Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang  berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan  berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak  zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi. 
 Menurut  statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean.  Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian  terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit  jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian,  risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun,  penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak  zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit  jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.  Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan  arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan  serangan jantung. 
 Kajian  yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan  "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih  dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.  Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan  sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel  Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol  ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian  lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak  zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan  sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser,  makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika  Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara  yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai  risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca  kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan  selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. 
 CARA  PENGAMBILAN: 
 1.  Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.  
2.  Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak  zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam,  cuci). 
3.  Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh  minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat,  biarkan selama 2 jam, cuci). 
 | 



No comments
Post a Comment