Saturday, March 25, 2017

PROGRAM DI RIBAT AS-SYAFIE, KIJAL, KEMAMAN, TERENGGANU.

PROGRAM MEMANAH DAN REFLEKSOLOGY SEMASA DAURAH KITAB FADILAT MEMANAH DAN BERKUDA DIRIBAT AS-ASYAFIE, KIJAL, KEMAMAN,TERENGGANU 25 MAC 2017.... thumbnail 1 summary
PROGRAM MEMANAH DAN REFLEKSOLOGY SEMASA DAURAH KITAB FADILAT MEMANAH DAN BERKUDA DIRIBAT AS-ASYAFIE, KIJAL, KEMAMAN,TERENGGANU 25 MAC 2017.

Alhamdulillah kami dapat menyertai bersama ulama nusantara dalam majlis pertandingan memanah di Kijal yang buat pertama kalinya diadakan di Ribat As-Syafie (Pusat Tahfiz) bersama dengan ulamak nusantara Sheikh Sufian. Acara ini dibuat selepas satu hari daurah kita fadilat memanah dan berkuda. Ramai pemanah hebat turun padang meraikan majlis ini.

Di kesempatan ini juga acara Urut kaki  (refleksology) di buat mereka yang bermasalah kesihatan. Rawatan selanjutnya bolehlah datang di premis kami di Pusat Niaga Paka. Kebanyakan pesakit adalah dari peserta pertandingan memanah dan diikuti oleh penonton.






sebanyak 10 target disediakan. Masih bau kedai.

Tempat rehat Busur peserta.

Pemandangan padang sebelum acara bermula.

Sheikh Sufian semasa merasmikan acara.

Sheikh Sufian dan Ustaz Yin ketika sesi kiraan mata.

Anak panah Sheikh Sufian dalam acara perasmian. Bertuahnya arrow kami digunakan oleh beliau.

Sheikh Sufian ketika ke tapak pertandingan.

Santai bersama Ustaz Arif selaku pengasas Ribat AsSyafie. Kenalan lama.

Bergambar sebelum pertandingan bermula.

Kanak-kanak lagi hebat memanah persis sahabah salmah bin Akwah.

Alhamdulillah dapat teruskan sehingga target terakhir.

Berlatih sebelum memulakan pertandingan.

Adik ni lambat sangat kesian pakcik tunggu.

Sesiapa yang dah selesai memanah mari cuba Refleksology pula.

Ayah pada peserta yang mendapat tempat ke-16 datang diurut oleh En Ameer pakar Refleksology ISW.

Encik Aziz pemanah yang mendapat tempat ke-2 ketika diurut oleh En. Hadi pakar Refleksology ISW.

Bila diurut dapat kenal pasti masalah organ dalaman.

Ustaz Ribat pun turut serta diurut.

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952