![]()  | ||
| BPTK-KKM GUIDELINE | 
PERKONGSIAN SESI TEMU RAMAH BERSAMA PEGAWAI BPTK KKM*
          Pertama sekali, saya ingin menyatakan perkongsian yang saya
 kemukakan ini bertujuan membantu para pengamal PTK agar lebih tenang 
dan bersiap sedia dalam memberi kerjasama terhadap Pegawai Bahagian 
Perubatan Tradisional & Komplementari (BPTK) daripada Kementerian 
Kesihatan Malaysia (KKM).
*Berikut ialah pengalaman saya sendiri selaku pengamal PTK dengan para pegawai tersebut*.
A. *Saya juga ingin berkongsi bahawa pengamal-pengamal PTK 
untuk disoal selidik oleh pegawai BPTK telah disenaraikan oleh mereka*. 
Tidak kira pengamal 'mobile' ataupun yang mempunyai premis.
B. *Pegawai BPTK akan menggunakan cara datang berjumpa pengamal / melalui telefon / mesej dan sebagainya.*
1. Mereka ingin melihat *Sijil Perniagaan* daripada 
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga *Lesen Majlis 
Perbandaran Daerah* (Bagi pengamal yang mempunyai Premis Rawatan). 
Pastikan tuan puan sentiasa up-to-date / perbaharui dua item ini.
2. Setiap seorang Pengamal akan diberikan satu *BORANG SOAL SELIDIK* . 
Di dalam borang tersebut mengandungi Butiran diri Pengamal, No. Pendaftaran                             
 Perniagaan, Amalan2 modaliti pengamal, 8 Badan Persatuan yang pengamal 
bernaung bawahnya, dan sebarang amalan yang tidak disenaraikan di bawah 
amalan modaliti yang disediakan boleh ditulis nama amalan tersebut pada 
ruangan lain-lain.
Pengamal dikehendaki tanda pada kotak (Tahu / Tidak 
Tahu) yang disediakan pada setiap soalan-soalan yang dinyatakan di dalam
 borang tersebut. (Soalan2 berkaitan Akta 775, Akta 290, SOP 
kebersihan).
3. Pegawai akan meminta untuk melihat *Kad / Borang Rawatan
 Klien* yang tuan puan sediakan dan mereka akan memantau kandungan kad /
 borang tersebut.
Sila pastikan kad / borang rawatan tersebut lengkap diisi 
oleh klien dan pengamal. Juga seeloknya tuan puan nyatakan bacaan 
Tekanan Darah / Denyutan Nadi klien di dalam Kad / Borang tersebut 
menggunakan ' Auto Blood Pressure Monitor ' bukan Manual B/P monitor ya.
Juga dinyatakan nasihat-nasihat berkaitan sesuatu terapi 
yang hendak dilakukan kepada klien telah dijelaskan kepada klien akan 
kesan-kesan semasa & selepas terapi dijalankan (side effects). 
Pastikan setiap kad / borang rawatan tersebut telah *ditandatangani oleh
 klien* akan persetujuan terapi / consent terapi yang hendak dijalankan.
4. -Nota untuk pengamal yang bernaung di bawah persatuan- (akan diedarkan mengikut persatuan masing2)
5.  Selepas penyerahan borang kepada pegawai, pegawai akan 
melihat bahagian kotak (Tahu/Tidak Tahu) dan beliau akan memberi  
*PENJELASAN PENDIDIKAN* berkaitan isu-isu yang tuan puan tandakan *TIDAK
 TAHU*.
Sila *JUJUR* semasa menanda kotak-kotak tersebut. ( Tak 
tahu tanda pada kotak Tidak Tahu jangan tuan puan buat tahu sebenarnya 
tidak tahu).
*Pegawai BPTK akan beri pemahaman dan penerangan* kepada 
tuan puan. JANGAN RISAU. Mereka TIDAK MAKAN tuan puan sekiranya tuan 
puan tanda Tidak Tahu. ;)
6. Pegawai akan meminta pengamal untuk membawanya ke bilik 
rawatan dan akan meminta pengamal tunjukkan sedikit SOP rawatan, susunan
 alat-alat rawatan, dan kebersihan bilik rawatan. 
Mereka juga akan bertanya prosedur SOP pembersihan alatan 
rawatan yang telah digunakan dan tunjukkan bukti alat-alat tersebut 
wujud. 
Contoh: Selepas Terapi Bekam dijalankan, apakah proses-proses pembersihannya dan alatan apakah yang diguna pakai, etc.
Contoh: Selepas Terapi Bekam dijalankan, apakah proses-proses pembersihannya dan alatan apakah yang diguna pakai, etc.
7. Pegawai akan meninjau keseluruhan premis perniagaan tuan
 puan sambil mencatit sesuatu pada notanya. Mereka juga akan meminta 
tuan puan untuk membuka rak-rak almari premis untuk melihat sebarang 
kandungan di dalamnya.
*PERHATIAN* 
Bagi pengamal yang mempunyai produk sendiri tanpa / sedang dalam proses memohon Kelulusan KKM hendaklah disimpan di tempat yang selamat luar premis rawatan tuan puan.
Bagi pengamal yang mempunyai produk sendiri tanpa / sedang dalam proses memohon Kelulusan KKM hendaklah disimpan di tempat yang selamat luar premis rawatan tuan puan.
Walaupun BPTK tidak mempunyai kuasa untuk merampas / 
mendenda produk yang tidak ada kelulusan KKM, namun begitu BPTK akan 
salurkan segala maklumat berkaitan produk kepada Farmsi KKM (BPFK) untuk
 proses penguatkuasaan di bawah BPFK *ATAU* BPTK akan datang bersama 
BPFK ke premis tuan puan. Wallahua'alam.
8. Kemudian mereka akan membuka ruang untuk sebarang soalan
 atau kekeliruan daripada kita berkenaan Akta 775 / Akta 290 / isu-isu 
berkaitannya.
9. Mereka akan mengingatkan pengamal berkenaan *PERATURAN PENGIKLANAN DI BAWAH SEKSYEN 4A AKTA 290*. 
Akta tersebut telah berkuat kuasa sejak tahun 1956. Tidak kira medium penyebaran Iklan secara internet, FB, insta atau akhbar, flyers dan sebagainya. 3 PERKATAAN KERAMAT yang *TIDAK BOLEH* diletakkan di dalam iklan ialah DIAGNOSIS, RAWATAN dan PENCEGAHAN tetapi boleh gantikan dengan *TERAPI*.
Akta tersebut telah berkuat kuasa sejak tahun 1956. Tidak kira medium penyebaran Iklan secara internet, FB, insta atau akhbar, flyers dan sebagainya. 3 PERKATAAN KERAMAT yang *TIDAK BOLEH* diletakkan di dalam iklan ialah DIAGNOSIS, RAWATAN dan PENCEGAHAN tetapi boleh gantikan dengan *TERAPI*.
Jadi bagi mereka yang telah 'post' iklan tersebut diminta padam /batalkan semula. Tiada alasan pengamal tidak tahu / culas. 
Tolong ingat *20 JENIS PENYAKIT DILARANG* TOTAL untuk 
diiklankan oleh KKM. Boleh rujuk Akta 290 ada dinyatakan di bahagian 
'Schedule'. Peraturan ini juga telah diletakkan di dalam Garis Panduan 
Pengiklanan di laman web rasmi BPTK KKM.
Tuan Puan JANGAN PANIK DAN RISAU akan Pemantauan daripada Pegawai BPTK KKM. Berikan kerjasama yang mesra kepada mereka. 
Mereka ingin memberi Pendidikan kepada Pengamal PTK supaya 
lebih faham, bersedia ke arah profesional dan mematuhi undang-undang 
yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. :)
Selalulah pengamal 'update' diri dengan merujuk laman web rasmi BPTK KKM di tcm.moh.gov.my 
Sekian daripada saya kepada rakan2 pengamal PTK,
 
Muhammad Hariz bin Md Yusoff.
(Ahli Perhijam)
Muhammad Hariz bin Md Yusoff.
(Ahli Perhijam)
*CNP Group Whatsapp 



No comments
Post a Comment