Tuesday, April 20, 2010

Bekam & OSH

OSH adalah merujuk kepada Occupational Safety & Health iaitu Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Kalau dilihat kebanyakan manusia hari... thumbnail 1 summary
OSH adalah merujuk kepada Occupational Safety & Health iaitu Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Kalau dilihat kebanyakan manusia hari ini banyak menghabiskan masanya ditempat kerja. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bermula jam 8 am sehingga jam 5 pm masa dihabiskan ditempat kerja. Oleh itu banyaklah penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan seperti contoh : -

  • Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT). Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

  • Mengapa DVT terjadi?
  • Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.
  • Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
  • Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Peranan Bekam dalam hal ini:

Bekam berperanan dalam menyingkirkan toksid dan thrombos yang terdapat dalam salur darah veina. Thrombus yang masih bergerak bebas akan dapat dikeluarkan dengan segera sebelum ia menyumbatkan salur darah dan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya thrombosis. Thrombus adalah darah-darah beku yang terdapat dalam salur darah yang berlaku hasil daripada proses Haemostasis. Sekiranya berlaku di pembuluh darah jantung boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga penyakit lain bergantung kepada tempat terkumpulnya thrombus itu. Sejumlah darah yang mengandungi toksid dan thrombus dapat dikeluarkan dengan Bekam. Darah baru yang segar dapat dihasilkan dan seterusnya menjaga organ buah pinggang dan hati/hepar.


No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952