Alhamdulillah selesai diadakan Rawatan Perdana di Masjid Felda Kerteh 5. Diajalankan selama 2 siri. Bermula 28 April dan 5 Mei 2017. Keduanya dijalankan pada hari Jumaat. Program ini adalah dengan kerjasama ISW dan pihak AJK Masjid yang baru dilantik. Bertambahlah kalendar aktiviti masjid ini sebagai menambah makmur pengisian masjid ini.
Penduduk sudah pun menanti seawal jam 9 pagi. Seperti biasa permintaan Bekam mendahului daripada urut kaki dan Terapi Resdung. Bagi yang ingin menikmati rawatan lanjut bolehlah berkunjung ke premis kami di Paka.
Kemuncak majlis adalah penyerahan sedikit sumbangan bagi pihak masjid yang disertai hampir kesemua AJK masjid. Terima Kasih pada Hj Mat Radzi selaku pengerusi masjid atas kerjasama yang diberikan. InsyaAllah lain kali jumpa lagi.
Poster Rawatan Perdana di Masjid Kerteh 5, Kerteh, Terengganu |
Sedikit sumbangan diberikan kepada pihak Masjid Kerteh 5. |
Sesi bergambar selepas sesi penyerahan sumbangan. |
Terima Kasih kepada semua penduduk yang turut serta menjayakan program ini. |
Para remaja Felda juga berminat dengan program ini. |
Adik-adik ini berpotensi menjadi Ulul Albab. |
1st time tengok Bekam ni. |
Yang takut tu tengok dari jauh. |
Macam program berkhatanlah pula. |
Saper yang kena urut kaki pasti terasa sedapnya. |
Banner Urut kaki berjaya menarik perhatian penduduk. |
Yang tidak berkesempatan berurut kaki pada kali ini datanglah ke premis kami di Paka. |
Saudara ini memilih di Bekam dahulu. |
Kemudian beliau memilih urutan Tapak Kaki. |
Nak tahu sakit ke tidak, kena cubalah dulu. |
Abang ni tidur semasa diUrut. Perkara yang lazim berlaku. |
Kalau nak selesa mari urut di Premis kami di Paka. |
Asal nak cuba1 cawan, lepas tu tambah 5 pula. Sedap katanya. |
Balik dulu ambil duit. |
Ramainya penonton. |
Suasana sangat meriah dengan kehadiran semua AJK> |
Nak nikahkan orang dulu di kampung seberang baru datang balik. |
Nak datang tengok sahaja pun boleh. |
Aku selalu Bekam kat Ibn Sina Paka. Sana lagi best dan selesa. Kata Encik Faizal. |
Bro... ada pening ka. Yang ni 1st time kena Bekam. |
Peluang adik-adik ini diperkenalkan Sunnah berBekam. Di sekolah pun tidak di ajar. |
Petugas memantau keadaan agar Hygiene dan kebersihan sentiasa terjaga. |
Yang pening-pening tu kita suruh rehat dulu. Baru balik. |
Sedap betul rehat bawah kipas ni. |
Nanti abang balik minum madu dulu. Kasi tambah tenaga. Bukan tambah bini. |
Adik-adik ini beratur macam nak berSunat pula. |
Anak jantan mana ada takut. Lepas ni giliran saya pula. |
Imam Masjid Kerteh 4 menikmati Terapi Resdung DrResd. |
Proses meletakkan Toner Hidung agar pernafasan lebih lawas. |
Last minit sedang berkemas ada seorang Pakcik nak Urut Kaki. No problem sedia berkhidmat. |
No comments
Post a Comment