Gambar hiasan - Paka, Dungun, Terengganu. |
Dalam kitab Ta’lim Muta’alim diterangkan adab murid terhadap guru adalah :*
a. Seorang murid tidak berjalan di depan gurunya
b. Tidak duduk di tempat gurunya
c. Tidak memulakan bicara padanya kecuali dengan izin guru
d. Tidak berbicara di hadapan guru.
e. Tidak bertanya sesuatu bila guru sedang letih atau bosan.
f. Harus menjaga waktu, jangan mengetuk pintunya, tapi menunggu sampai guru keluar.
g. Seorang murid harus kerelaan hati guru, harus menjauhi hal-hal yang menyebabkan guru marah, mematuhi perintahnya asal tidak bertentangan dengan agama.
h. Termasuk menghormati guru adalah juga dengan menghormati anak2 guru, dan sanak kerabat guru.
i. Jangan menyakiti hati seorang guru kerana ilmu yang dipelajarinya akan tidak berkah.
Menurut Syeikh Ahmad Nawawi, adab murid terhadap guru antara lain :
a. Murid harus taat kepada guru terhadap apa yang diperintahkan didalam perkara yang halal.
b. Murid harus menghormati guru.
c. Mengucapkan salam ketika bertemu dengan guru, kerana perilaku itu bisa menjadikan guru merasa suka/tenang.
d. Ketika murid bertemu guru di tepi jalan, hendaklah murid menghormati guru dengan berdiri dan berhenti.
e. Murid hendaknya menyiapkan tempat duduk guru sebelum guru datang.
f. Ketika duduk di hadapan guru harus sopan seperti ketika sedang solat yaitu dengan menundukkan kepala.
g. Murid harus memperhatikan penjelasan guru.
h. Murid jangan bertanya ketika guru sedang lelah.
i. Ketika duduk dalam suatu majlis pengajian, murid hendaklah tidak menolah-noleh ke belakang.
j. Murid jangan bertanya kepada guru tentang ilmu yang bukan di bidangnya atau bukan ahlinya.
k. Murid harus memperhatikan penjelasan guru dan mencatatnya untuk mengikat ilmu agar tidak mudah hilang.
l. Murid harus berprasangka baik terhadap guru.
Semua ini penting diketahui murid, kerana jika seorang murid menghormati guru, maka ilmu yang diperolehi akan menjadi manfaat.
No comments
Post a Comment