Friday, March 24, 2017

RAWATAN PERDANA DI MASJID PADANG PULUT KALI KE-2

RAWATAN BEKAM, REFLEKSOLOGY, RESDUNG DI MASJID PADANG PULUT, DUNGUN, TERENGGANU. Alhamdulillah telah berjaya akhirnya Rawatan Perdana d... thumbnail 1 summary
RAWATAN BEKAM, REFLEKSOLOGY, RESDUNG DI MASJID PADANG PULUT, DUNGUN, TERENGGANU.

Alhamdulillah telah berjaya akhirnya Rawatan Perdana di Masjid Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Ini adalah kali ke 2 rawatan perdana diadakan di masjid ini. Ini adalah sebahagian usaha kami membantu menambahkan kalendar aktiviti masjid disamping menambah makmurkan masjid ini. Tahniah diucapkan di atas kegigihan pengerusi, setiausaha, imam dan ajk masjid sekalian yang turut bertungkus lumus menjayakan kempen ini. Untuk makluman masjid ini pernah dinobatkan sebagai Masjid trerbaik peringkat daerah dungun pada tahun 2014. Banyak pembaharuan telah dibuat sejak Pengerusi yang lebih dikenali sabagai Pok Su Ya mengambil alih tuigas sebagai pengerusi, diantaranya adalah penenambahan landskap yang indah dan pembersihan masjid secara rutin harian.

Alhamdulillah ayahanda kepada setiausaha masjid kepada En. Ja telah mencuba terapi urutan tapak kaki dan hasilnya kerusi yang sering digunakan untuk solat telah berjaya diucapkan selamat tinggal. Begitu terujanya jemaah yang lain melihatkan perubahan beliau. Di akhir majlis sedikit sumbangan hasil dari kutipan rawatan diberikan kepada pengerusi masjid untuk tabung pembangunan dan imarahan masjid. 

InsyaAllah jumpa lagi pada program yang akan datang. Khabarnya Imam berminat dengan acara memanah yang pernah kami adakan. Boleh sahaja, kami tiada masalah untuk mengaturnya.






selepas acara penyerahan sumbangan.

Sebahagian AJK masjid yang terlibat.

Sumbangan yang tidak seberapa dari kami.

Selepas Jumaat orang ramai berpusu2 datang.

Penegerusi masjid mencuba rawatan Refleksology.

Bendahari pun tidak melepaskan peluang mencuba. 

Pakcik ni selesai buat Terapi Resdung.

Bekam in action,

Baru tahu nikmatnya urut kaki ni.

Penerangan tentang Terapi resdung drResd.

Balik rumah dulu ambil duit.

Meriahnya suasana hari Jumaat.

Pesakit diabetes mencuba rawatan Refleksology.

Semua AJK ke majlis penyerahan sumbangan.

Sambil urut AJK bermesyuarat.

Salah seorang customer tetap kami yang bertanggungjawab membawa kami kemari.

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952