Thursday, March 2, 2017

4# WASIAT BUAT PENGAMAL BEKAM.

NASIHAT OLEH PRESIDEN GAPERA . Nasihat guru sy  ********* BICARA HATI ********* Assalamualaikum WBT buat sem... thumbnail 1 summary




NASIHAT OLEH PRESIDEN GAPERA.

Nasihat guru sy 

*********

BICARA HATI
*********
Assalamualaikum WBT buat semua Sahabat Pengamal....

Salam Sayyidul Ayyam, Segala puji-pujian hanya sanya bagi Allah SWT, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi SAW, Para Ahli Keluarganya, Para Sahabat R.hum, Para Ulamak, Guru2 dan seluruh ummat Nabi SAW.

Pada umumnya tiada tawaran rawatan yang perlu kita tawarkan, sebaliknya dengan kekuatan kefahaman yang kukuh pada satu-satu juzuk kehidupan akan membuatkan masyarakat awam akan mula mendatangi kita atas maksud berhajat pada perkhidmatan kita. Proses ini adalah merupakan proses yang benar dan wajar, jadi pengiklanan tawaran rawatan adalah merupakan salah satu pintu ke arah kemudharatan yang lebih besar pada masa akan datang.

Jadi berhati-hati dalam usaha mengiklankan tawaran perkhidmatan rawatan, kerana fitrah asal pesakit dan penyakit adalah mencari titik keseimbangan, inilah rahsia penciptaan manusia apabila mereka berada dalam kemurniaan kehidupan yang fitrah. Oleh itu kerja yang perlu dilakukan secara fokus dan menyeluruh ialah bukanlah tawaran rawatan perubatan semata-mata, sebaliknya usaha membawa seluruh masyarakat mengubah gaya hidup seharian kepada kehidupan fitrah adalah merupakan tugas utama dan paling penting bagi seseorang Pengamal. Perlu di ingat tiada gaya hidup yang lebih sempurna melain tatacara kehidupan yang telah digariskan oleh Pencipta kita yang Maha Agung, iaitu Allah SWT melalui syariat yang disampaikan melalui nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Kemuncak kesempurnaan syariat inilah terlekat pada apa yang telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Maka kerja-kerja membawa seluruh masyarakat kepada kesempurnaan amal agama adalah tugas utama seorang Pengamal, malah ianya adalah tugas utama seluruh ummat Baginda Nabi Muhammad SAW. Setelah ini berlaku, maka datangnya seorang pesakit kepada pengamal adalah atas ketetapan yang sempurna, pertautan dari hati ke hati, membuka bukan sahaja ruang rawatan, malah terjalin ukhuwah di antara pengamal dan pesakit atas maksud yang sangat besar, bukan semata-mata atas masalah sakit dan penyakit sahaja, sehinggakan nilai pertautan ini berlarutan hingga menerbitkan rasa keinsafan pada kedua-dua belah pihak, mulai merasai nikmat kehidupan yang membawa maksud dunia hingga akhirat. 

Sejarah telah membuktikan perkara ini, Pengamal terdahulu tidak dikenali secara lansung melalui pengiklanan secara nyata, sebaliknya atas ikhtiar pesakit, mereka mendatangi Pengamal, pertembungan diantara dua kehendak yang beriringan, pesakit berkehendakan rawatan, pengamal hanya semata-mata ingin berkhidmat atas tanggungjawab amanah ILMU dan KEFAHAMAN, maka atas jalan inilah datangan KEKUNCI UTAMA KEMUJARABAN iaitu KESERASIAN.

Buat diri saya dan Sahabat Pengamal sekalian...

Belajar dan terus belajarlah, kerana hanya atas jalan inilah kita semua akan dibimbing atas jalan-jalan kebenaran, jangan berhenti dari terus belajar, hatta setiap pesakit yang datang pada kita juga adalah merupakan sumber ilmu yang besar pada kita, setiap kali pesakit datang pada kita pasti dan pastinya membawa ilmu-ilmu baru untuk kita. Dan lebih-lebih lagi pembelajaran secara khusus, carilah guru, sesungguhnya GURU adalah pintu kepada kefahaman yang lebih mendalam dan luas. GURU bakal memotivasikan kita dikala kita hilang arah, mententeramkan kita dikala kita resah, membimbing kita dikala kita kebuntuan dan mendoakan kita dikala kita telah hilang keberkatan kehidupan.

Sekadar peringatan buat diri...


Norhissam Mustafa

5 Jamadil Akhir 1438H

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952