Friday, March 3, 2017

5# CABARAN SEBAGAI JURUTERAPIS BEKAM

Ziarah silaturrahim ke Pusat Bekam Jamilah Padzi, Dungun, Terengganu. Bulan lepas kami sempat ziarah En Padzi pemilik  Pusat ... thumbnail 1 summary
Ziarah silaturrahim ke Pusat Bekam Jamilah Padzi, Dungun, Terengganu.





Bulan lepas kami sempat ziarah En Padzi pemilik Pusat Terapi Jamilah Padzi seorang Juruterapis Bekam dan urut di Dungun. Ziarah ini bertujuan mengeratkan silturrahim sambil memupuk ukhuwah sesama Terapis dan berkongsi pendapat tentang rawatan dan halatuju kerjaya masing-masing. Beliau sempat berkongsikan cabaran dan nasihat sebagai seorang Jurubekam ini. antaranya adalah :

1# Jurubekam kena daftar persatuan. Tentu melibatkan kos yuran pendaftaran ahli, yuran tahunan, kursus anjuran persatuan. Setiap pelaburan ini melibatkan kos yang membebankan kerana bukan semua ahli berkemampuan. Ini tidak termasuk modaliti yang lain.

2# Kalau ambil pekerja, nak dapat yang benar-benar ikhlas sememangnya sukar. Banyak yang indah khabar dari rupa sahaja. Biasanya sebab pekerjalah pelanggan lari. kerana kualiti khidmat tidak sama seperti pemiliknya.

3# Biasa anak murid bila dah pandai langsung dah tidak hormatkan guru. Tambah lagi bila dah banyak ilmu lebih dari guru. Sepatutnya anak murid kena menghargai gurunya terutamanya guru pertama mereka  kerana melalui guru pertamalah mereka mengenali dunia perawatan ini dan seterusnya mereka berkembang dengan lebih maju lagi. Zaman sekarang murid sudah kehilangan adab.

4# Membuka cawangan tidak semudah yang disangka. Saya pernah buka tapi tutup sebab pekerja  tiada dispilin dari segi komitmen. Pelanggan dah datang tapi kedai tidak juga buka lagi. Gaji bulanan tetap dibayar.

5# Terapi tulang belakang lebih memenatkan Terapis berbanding Terapi Qun. Banyak masalah pesakit yang tidak dapat dibantu dengan Bekam mampu diatasi dengan Terapi Qun. Terapis atau perawat juga boleh melakukannya diatas diri sendiri.

6#  Sekarang zaman ekonomi gawat. Kalau hendak buka Pusat Terapi, bukalah dirumah dahulu. Test Power. Elakkan buat pinjaman bagai. Buat dengan apa yang ada. Katil pun kalau boleh buat sendiri. Balut dengan cadar. Cantik juga. Orang lebih mengutamakan keperluan perut dari keperluan badan.


Sempat kami merasakan urutan Refleksology beliau.


En Padzi juga memiliki Restoran Nasi Ayam di Dungun.,



No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952