Alhamdulillah, Team Ibn Sina Wellness turun padang di depan premis kami di padang Pusat Niaga Paka untuk berlatih memanah. Sambutan amat men...
5:34:00 AM
Alhamdulillah, Team Ibn Sina Wellness turun padang di depan premis kami di padang Pusat Niaga Paka untuk berlatih memanah. Sambutan amat menggalakkan dari orang awam termasuk juga penguatkuasa PBT. Sebelum buka Pusat Rawatan, kami berlatih dulu di depan premis. Untung premis kami di depan padang. Kadang-kadang malam pun kami turun training sebab malam pun meriah juga disamping cahaya sport-light yang dinyalakan di malam hari. Setiap malam Jumaat dan Sabtu ada Car-Boot-Sale jadi pada waktu itu juga meriah.
Format latihan adalah seperti berikut :-
Bow tradisional, Jati Tunggal.
Jarak 20 m.
Arrow bebas.
10 pusingan.
5 arrow bagi setiap pusingan.
|
Jom memanah. ! |
|
Berikan tepukan pada adik ini. Ada potensi jadi Pahlawan Memanah. |
|
Jangan bimbang. Kalau tak pandai, Abang Eddy akan tunjuk ajarkan nanti. |
|
Pasukan beruniform berminat mencuba. Boleh tahan juga handalnya, |
|
Ini spesis yang hampir pupus. Harus dipelihara. Hanya satu di Paka. |
|
Pakcik ni kata. "Saya tak mau cuba. Kalau cuba nanti mung seme balik awa." |
|
Gaya orang yang pertama kali memanah amat mudah dikenali. |
|
Bukan senang nak kena center target. Sekali dah kena senyum sampai ke telinga. Dinosaur rebah pada sekali panahan sahaja. |
|
"Aku mari ni nak tengok je. Bukan nak main. Dok soh beng ar ajok aku." Gaya Otai berkata-kata. Kilaun Emas. |
|
Alhamdulillah selesai. Sesaper yang berminat untuk join minta tinggalkan no telefon pada kami. 013-927 7952 Nizam. Nanti kami hubungi. |
No comments
Post a Comment