Thursday, February 9, 2017

APAKAH ITU RAWATAN HOMEOPATI ?

   Homeopati adalah satu perkataan daripada bahasa latin yang bererti rawatan dengan seumpama sementara Alopati bererti rawatan den... thumbnail 1 summary



   Homeopati adalah satu perkataan daripada bahasa latin yang bererti rawatan dengan seumpama sementara Alopati bererti rawatan dengan lawan. Ini bermakna homeopati menggunakan ubat-ubat yang khasiatnya seumpama atau serupa dengan tanda atau gejala yang ada pada pesakit. Misalnya seorang yang berasa mana-mana bahagian anggota tubuhnya sangat panas dan panas itu seumpama atau serupa dengan panas apabila terkena lada maka ubat atau penawarnbya ialah lada juga iaitu Capsicum (biar apa sekalipun penyakitnya). Atau boleh juga difahamkan bahawa ubat yang boleh menimbulkan perubahan atau gejala-gejala tertentu pada orang yang sihat boleh uuga digunakan dalam bentuk yasng lembut untuk mengubati mana-mana bahagian tubuh yang menderita apa-apa penyakit yang mempunyai gejala-gejala tadi.

Sebenarnya Homeopati atau cara rawatan dengan penawar serupa ini bertepatan sekali dengan undang-undang alam semesta. Sering kali kita melihat orang yang disengat kala jengking menggelepar kesakitan akibat gigitannya. Ia berasa terlalu panas. Bila sahaja bahagian anggota yang disengat itu di demah atau dilumurkan ubat-ubat panas terus ia berasa lega. Demikian juga jika anda mahu menghilangkan atau meredakan kesedihan yang di alami seseorang semestinya anda tampil kehadapannya sebagai seorang sedih sepertinya.Pendek kata fenomena seperti itu dapat disaksikan saban waktu oleh semua orang. Maka begitulah juga dengan dengan homeopati yang betul-betul berlandaskan undang-undang alam semesta ciptaan Tuhan. Apabila kita dapati ada gejala-gejala tertentu pada seseorang pesakit, tentu sekali apabila kita menggunakan ubat yang mempunyai gejala-gejala seumpamanya untuk pesakit itu maka ia akan menghasilkan kesembuhan. Sebaliknya doktor alopati mengingati gejala tersebut dengan nama-nama penyakit tertentu dan ini adalah kesilapan mereka semata-mata.

Mereka langsung tidak memerhatikan pakah sebab dan punca yang ada sebelum penyakit itu keran sesuatu musabab tidak berlaku tanpa sebab. Apabila berlaku suatu perubahan pada tubuh manusia yang kita panggil 'penyakit' itu, pada hakikatnya ia merupakan natijah bagi penyakitnya yang sebenar. Ini bermakna pesakit yang sebenar ialah dari yang difahami umum. Apa yang kita lihat sebenarnya adalah gejala-gejala bagi pesakit itu. Jadi gejala-gejala itu merupakan lidah semesta yang terang-terang mengisytiharkan bahawa pesakit sebnarnya adalah jiwa bukannya tubuh kasar. Kerana itu seorang ahli homeopati akan merawat pesakit, bukan penyakit sedangkan seorang ahli alopati pula akan merawat material semata-mata, iaitu tubuh kasar manusia atau denga kata lain ia akan menghilangkan perubahan jasmani sahaja dan tidak mampu pula menyembuhkan pesakit yang sebenar. Justru dengan merawat tubuh kasar, penyakit hanya akan terpendam dan secara senyap-senyap ia merebak di dalam tubuh  sampailah suatu ketika ia muncul dalam bentuk yang lebih  teruk dan menakutkan.

Biasa juga dilihat seolah-olah suatu penyakit itu telah sembuh padahal sebenarnya ia telah berpindah dari tempat itu dan muncul pula di tempat lain atau dalam rupa yang lain. Apabila seorang pesakit gatal diberikan ubat sapu lalu gatalnya hilang, disangka dia telah sembuh padahal sebagai gantinya lahir pula bermacam-macam penyakit lain seperti sakit kepala yang tak putus-putus atau timbul bisul yang berbahaya pada mana-mana bahagian  tubuh pesakit itu. Bila bisul itu pula dibedah disangkakan sudah habislah ceritanya, tiba-tiba penglihatan pula terasa berbeda dari sebelumnya, demikinalah seterusnya.

Fenomena seperti itu seringkali berlaku di hadapan seorang doktor alopati namun ia hanya akan cuba memperbetulkan perubahan-perubahan jasmani yang berlaku, dan kerana kesempitan fikirannya ia akan terus menyangka bahawa pesakit telah sembuh. Berbeza pula dengan seorang ahli homeopati keran piawai kesembuhann  baginya lain dari apa yang difahami seorang ahli alopati lantaran ia benar-benar sedar bahawa pesakit sebenar ialah jiwa. Justeru jiwalah yang mesti diubati barulah kesembuhan yang sempurna dan sebenarnya akan ditemui.

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952