Tuesday, January 31, 2017

ANTARA BEKAM DAN AKUPUNKTUR..YANG MANA DULU?

         Apabila pelbagai Modaliti telah dipelajari, maka timbul persoalan yang mana dahulukah harus diutamakan. inilah dilema yang... thumbnail 1 summary



       Apabila pelbagai Modaliti telah dipelajari, maka timbul persoalan yang mana dahulukah harus diutamakan. inilah dilema yang dialami oleh para Perawat terutamanya yang baru dalam menentukan jenis terapi yang sesuai. Seorang terapis mungkin menguasai pelbagai jenis perawatan sepertinya Bekam, Akupunktur, Urutan (Urutan sendiri pun banyak cabangnya), Refleksologi, Yumeiho, Homeopati, Hipnosis, Terapi Mandian Ais, Sauna, Energy Point Therapy, Herbalogy, Reiki dan pelbagi jenis terapi yang bakal dicipta lagi. Mendiagnosa dengan tepat adalah Asas pada penentuan perawatan.


Antara hiearki Persina (Perubatan Ibn Sina) pula :
#1 Menjaga Pemakanan yang berNutrisi.
#2 Penggunaan Ubatan Alami ATAU Sintetik.
#3 Kaedah Terapi tanpa Alatan. (Contoh - Urut Tradisional)
#4 Kaedah Terapi menggunakan Alatan. (Contoh - Akupunktur menggunakan jarum)

Antara catatan dalam Persina adalah  :
#1 Pengubatan secara Tunggal adalah lebih baik daripada pengubatan secara Gabung.
#2 Melakukan Keseimbangan terhadap Mizaj hasil 4 unsur Api, Air, Tanah, Angin. 
#3 Melihat dominannya Simtom dan Punca. Diatasi mana yang lebih dideritai. 

Jadi untuk menjawab persoalan diatas, beberapa pendapat dihimpunkan :

#Pendapat 1 :
Ikut Kes. Bagi kes Gout, Jadi kalau tengah sakit, eloknya akupuntur dulu. Dah hilang sakit baru bekam

#Pendapat 2 :
Terbahagi kepada 2 kategori secara umum.

Pertama untuk kerosakan Organ atau kelainan fungsi pada anggota badan. Contohnya otot cramp. Untuk kategori ini di Bekam dahulu. Pemberien Nutrien seperti Sakanjabin bagi membantu dari dalam. Sapuan minyak urut dari luar.Kemudian daripada itu barulah di Akupunktur untuk pemulihan seterusnya.

Kedua untuk masalah yang berkaitan dengan pengawal kepada organ. Transportation atau Transmission. Pengawal ini juga terbahagi kepada 2. Satu yang bertindak laju iaitu Sistem saraf dan yang satu lagi bertindak perlahan iaitu sistem Endokrin.
Bagi kes kedua ini dimulakan dengan Akupunktur dulu bagi permasalahan berkaitan pengawal organ.






Pendapat anda bagaimana? Kongsikan...

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952