Alhamdulillah telah selesai Kursus Asas Bekam versi Medik. Peserta kesemuanya dari dalam Terengganu. Kami amat berpuas hati dengan kesungguhan anda yang begitu menunjukkan komitmen sepenuhnya. InsyAllah berkat kesungguhan anda dapat menguasai ilmu bekam ini dengan mulai mempraktikkan seberapa segera. Lakukanlah terhadap ahli keluarga dahulu kemudian diikuti sahabat dan jiran terdekat.
Kami tegaskan disini sekiranya anda tidak terus mempraktikkan apa yang diajar besar kemungkinan anda akan terus lupa dan hilang keyakinan. Apabila anda terus mempraktikkan bekam ini, keyakinan dan semangat akan menyala. Anda juga akan dapat belajar dengan lebih dalam apabila semakin lama mempraktikkan. Practices make perfect. InsyAllah kami akan cuba membantu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan.
Peserta kali ini terdiri daripadaTaukeh Restoran Nasi Kukus, Guru-guru sekolah, Pensyarah UIA dan juga pelajar lepasan STPM. Lihat apa kata mereka..
"Saya belajar bekam sebab nak bekam isteri saya yang selalu sengal-sengal tubuh. Saya nak khidmat dia. Ini kalau isteri saya ada disini mesti dia mahu ikut sertai tapi disebabkan tugasnya diluar kawasan beliau tidak dapat hadir". Katanya En Rohadzal.
"Anak saya kerap kena sawan dah macam-macam ubat dia makan tapi tak nampak perubahan. Saya nampak berbekam ni anak saya dah lama tidak kena sawan. Jadi saya belajar nak buat ke anak saya sendiri dan juga nak tahu apa itu bekam sebenarnya."Jawab guru KH Puan Azlina.
"Nampak pendapatan suami dah lebih dari gaji sejak beliau yang belajar bekam dan buat bekam sambilan. Jadi kekurangan Jurubekam wanita menyebabkan saya semangat nak belajar". Guru di Ajil Puan NurHayati.
" Saya nak bekam Prof saya, dia yang bekam saya selama ni tapi masaalahnya tiada yang nak khidmat beliau. Maklumlah Prof banyak masa di kampus buat research dan sibuk. Tak sempat nak pergi bekam kat luar. Maaf lambat sikit sampai sebab hujan lebat dan jalan pula ditutup sebab banjir."
En Nizam dari Kuantan.
"Abang dah ajar sikit kat rumah tapi saya belum cukup pandai lagi. Sebelum datang ni pun saya dah bekam hampir 10 orang. Best jugak rupanya. InsyAllah nak tumpu sepenuh masa dan tidak akan kerja makan gaji. " Adik Maria, lepasan STPM.
Kami percaya ramai lagi diluar sana mempunyai keinginan yang sama untuk belajar. InsyAllah kami sedia berkongsi dengan cebisan ilmu yang ada. Bertuah mereka pada kali ini kerana dapat sedikit ilmu hasil kursus yang kami ikuti anjuran PERHIJAM (S.O.P Bekam), Bekam Medic oleh Dr Wadda, Bekam O.D.T oleh En. Azzan (Duta ODT Malaysia).
Apapun kami ucapkan tahniah pada anda semua.
U all are Awesome...
No comments
Post a Comment